Salam, Hi
Fuhh setelah 2 minggu bercuti ari blogging. Hahaa hangat
hangat tahi ayam betul laa. Dah cuba sebenarnya untuk spend time untuk
blogging. Tapi balik rumah letih dia rasa malas nak buat apa apa dah. Nak
tengok tv pun terasa. So curi curi masa waktu kerja hari sabtu untuk taip entry
ni. Biasa hari sabtu hari kerja yang paling semangat sekali. Boleh keluar
lambat takyah risau sangkut jem. Boleh malas malasan, sebab bos takde ehem ish
ishh.
By the way, haritu HR panggil jumpa dengan dia. Actually,
tiap tiap hari kena datang hadap muka HR untuk tunjuk performance kerja dekat
sini. Alhamdulillah dia cakap dia puas hati sangat. Lega dengar ayat dia puas hati
tu. Yeala tak sia sia laa stress hari hari mengadap kerja.
Kerja memang makin stress sebab untuk department Fatin
sekarang, Fatin je handle, haaa cemana tak pecah kepala. Daripada ke order
barang sampai production sampai ke receiving barang nak kena control. Supervisor
yang handle dengan Fatin sebelum ni dah berhenti. So sekarang apa apa semua
terus dengan boss dengan GM. Takpe la cukup 6 bulan memang ak minta
confirmation and demand sikit gaji. Kalau dia taknak kasi bolehlah kot prepare
untuk cari kerja tempat lain pulak. Herherr.
Wish me luck! Kalau boleh nak bagi yang terbaik je dekat
company sekarang. Kalau dia betul jaga kita, kita kena la jaga balik elok elok
jugak. Maaf sebab lama tak blogwalking. Serious kekangan masa tu terhad sangat.
Sebenarnya boleh je, tapi bila dah letih kan. Hmm.
Selamat berhujung minggu gais. Bagi yang berkerja selamat
berkerja!