Salam, Hi
Harini Fatin nak share a fews foundation yang sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Dari kulit combination, oily, super oily, dry sampailah normal. Fatin share dari hasil perkongsian Mua Penang Azreena Azmi dari laman Facebooknya.
- Maybelline Fit Me
Yang ni rasanya semua orang familiar kan. Yang ni dah lama sebenarnya kalau dekat luar negara tapi baru masuk je dalam pasaran Malaysia. Apa yang best nya dia ada 12 jenis code warna ikut kulit haaaa amik pilihla yang paling sesuai. Confirm dapat satu laa! Foundation ni sangat seuai untu mereka yang tak suka mekap yang nampak shinning atau glossy, sebab foundation ni bagi efek matte (kering). Sekaligus dapat blurkan pores dan sangat sesuailah untuk kulit yang berminyak. Sebab kulit akan jadi lagi kering bila pakai yang ni. So nanti gaji Fatin nak try yang ni. Hehee
Sesuai untuk normal to oily skin
Coverage: Medium to Full
Harga: RM49.90
- Maybelline Dream Satin Skin
Foundation ni akan beri efek satin tau. Pores semua tak nampak dah sebab texture dia memang senang blend terus resap masuk dalam kulit, yang best tak buat pores anda tersuimbat tau. Tapi ada yang kata tak sesuai untuk kulit yang oily, kalau dry skin sesuai. So kalau korang jenis kulit yang berminyak avoid la eh.
Sesuai untuk Normal to Dry skin
Coverage: Medium to buildable (apply banyak layer untuk cover flaws yang ada)
Harga: RM54.90
- Loreal True Match
Kenapa nama true match sebab dia ada banyak pilihan warna, macam fit me. Cuma yang ini dia tebal laa sikit dan mosture. Tak keringkan kulit walaupun pakai selama 16 jam. Kalau kulit tak kering, memang the best choice laa. Ada yang kata dapat tahan 24 jam. Haaa pakaila sampai esok. Ehh no noo buruk perangai nak pakai sampai esok. Hahaaa.
Sesuai untuk All skin type
Coverage: Medium to Full
Harga: RM58.90
- Revlon Colorstay
Yang ni memang sangat sesuai untuk anda yang kulit berminyak dan berjerawat serta ada banyak parut parut gelap yang harus dilindungi. Dulu packaging dia tak ada pump kan, so dapatlah habiskan tanpa membazir. Yang ni pon mampu tahan sampai 24 jam. Yang ni memang Fatin suggest sebab feedback kawan sendiri. Dia setia je guna Revlon ni since kulit dia jenis berminyak. Fatin tengah kumpul duit laa nak try jugak.
Sesuai untuk Combination/Oily skin. Normal to Oily skin
Coverage: Full
Harga: RM75.90
- Revlon PhotoReady Airbrush Effect
Haaa kemain kau nama dia, kerlasss setanding efek dia. Siapa yang suka glitter dan shining relip relap tu guna la foundation ni. Tekstur dia ringan macam Nars Weightless. Nak pakai untuk event event malam macam dinner pon sangat lah sesuai. Jelas flawless laa korang!
Sesuai untuk All skin type
Coverage: Medium to Full
Harga: RM78.90
- Silkygirl Skin Perfect
Oil- Free sebab terang terangla tulis dekat packaging tu kan. Dia ada anti-oxidant ingredient yang boleh protect kulit daripada radikal bebas (pencemaran udara) yang boleh membuatkan kulit nampak kusan dan cepat tua. Dia sekali pakej skincare tau, so dia merawat kulit dari dalam, jadi kulit kita akan nampak lebih sihat.
Sesuai untuk All skin type
Coverage: Medium
Harga: RM26.90
- Essence Stay All Day
Yang ni kebanyakkan favourite ramai student. Sebab harga yang lebih murah dan mampu milik. Sesuai untuk remaja juga. Dia mampu bertahan selama 16 jam jugak. Tekstur? Sangat ringan, siapa suka mekap yang nipis haaaa sangat sesuai laa. alus dan lembut je.
Sesuai untuk All Skin Type
Coverage: Medium
Harga: RM22.90
- Essence Soft Touch Mousse
Yang ni depa kata best dan Fatin pon nak kata best! Sebab Fatin guna yang ni. Dia matte finish tau. Tak nampak shining tak nampak gebu sangat. Tahan sampai malam. Sebab Fatin kadang kadang jenis cepat berminyak je kulit muka ni, so Fatin memang puas hati guna foundation ni. Tapi Fatin silap sikit je sebab amik kod 02. So, bila pakai tak boleh nak nampak cerah sangat la. Mula nak amik 01 tappi takut cerah sangat je, ambil 02 biasa biasa pulak. Tapi takpe sebab Fatin puas hati dengan tekstur dia.
Sesuai untuk Normal to Oily skin
Coverage: Medium to Full
Harga: RM22.90
- Kate Tokyo Secret Skin Maker Zero
Yang ni masih baru dekat pasaran Malaysia. Tekstur dia senang blend dan lepas pakai tak perlu sapu powder dah. Memang dia blend into skin. Rasa macam tak pakai foundation je. Effect sama macam foundation Fenti, cuma Fenti ada banyak pilihan warna.
Sesuai untuk All skin type terutama Dry skin
Coverage: Full
Harga: RM78.00
- Kate Tokyo Powderless Liquid
Foundation ni bila pakai dia turn into powder. So, tak payah dah nak pakai powder dah. Tekstur pulak sangat ringan walaupun dia full coverage. Mostly produk luar negara macam Japan ke Korea ke memang fokuskan untuk orang yang kulit kering. So boleh la try yang ni, sebab tak payah bazir beli powder dah, kan jimat haaa.
Sesuai untuk kulit All skin type
Coverage: Full
Harga: RM78.40
Haa banyak kan, macam macam jenis foundation ada kan, rambang mata diri sendiri nak pilih. Tapi yang ni bukan 100% dari Fatin, Fatin kongsi dari Mua Penang. Fatin suka tengok dia mekap. Gaya apa pun semua cantik. Jadi entry ni Fatin akan fully credit kepada Mua AzreenaAzmi. Boleh tengok sendiri memang semua hasil mekap Azreena cantik cantik belaka. Thanks for this sharing sis!