Salam, meh try resepi mudah gila nak buat Mac and Cheese. Nama pun Mac and Cheese simple kan, kalau takde bahan bahan yang ditulis ni boleh je hampa skip yang penting sedap!
Bahan bahan diperlukan:-
- 1 paket Macroni
- 2/3 slice cheese cheddar (suka lebih lemak haa letak la lebih)
- 3-4 sudu mentega
- Paramesan (option)
- Lada Hitam
- Oregano (option)
- Kiub ayam (option)
- Garam secukup rasa
- Udang/ Ayam/ Sosej (Ikutla suka letak apa)
Cara cara penyediaan:-
1. Rebus Makaroni dalam air yang mendidih. Letak minyak sikit supaya tak melekat. Pastikan tak terlalu masak dan tak terlalu mentah. So agak agak macam lembutla gigi nak kunyah haaa siap dan tos.
2. Panaskan kuali dan masuk kan 3-4 sudu mentega. Mentega dah cair masukkan udang/ayam/sosej, tak terlalu lama tau.
3. Masuk kan susu full cream + tepung gandum then kacau kacau. Ni cara malas laa sebab guna susu untuk bancuh tepung tu ehem!
4. Bila dah pekat likat tambah la air sikit sikit. Sebab tak pro kan nak main tuang je, kita tuang sikit sikit. Tapi jangan la sampai cair kuah tu. Still pekat.
5. Haaa masukkan lada hitam, garam, kiub pati ayam, cheddar cheese, oregano, dan kacau sebati. Make sure semua ngam habis tau. Jangan berketul ketul lak.
6. Last but not least masukkan la macroni yang siap di rebus tadi. Haaa kacau laa sampai puas hati. Siap!
See, senang je kan. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Boleh tambah berpinggan pinggan tau. Gambar masa masak takde sebab kalut kalut buat nak bawa breakfast dekat office.
P/S: Portion ni untuk dua orang makan tau. Makaroni tu Fatin guna suku ja. Jadi pandai pandai adjust kalau nak buat untuk sepoloh org makan.