Mendaki Bukit Cenderawasih, Perlis

08:13

Salam, Hi
Related image
Pemandangan dari puncak Bukit Cenderawasih
Sebenarnya cerita hiking ni masa study dulu, dulu waktu study memang suka sangat aktiviti macam ni. Tapi tak lah pergi selalu. Beberapa kali je, sebab takde geng yang nak ikut sekali. So, kalau tiba tiba ada orang ajak, haaa terus on laa. Jadi, sesaje laa rasa nak throwback, mengimbau kenangan.

Kalau orang Perlis mesti kenal bukit ni, alaa tak tinggi pon sebab tu boleh berjaya naik sampai 2 3 kali. Habis kuat, tercunggap cunggap je. Tapi kalau dekat sini banyak monyet, jadi tak boleh laa nak bawa makanan ke plastik ke, haa tunggula dia sambar. Tapi monyet Perlis spesis yang tertib kot, sebab macam 'behave; je sikit. Tak ada yang ligan ligan manusia.  

Satu keseronokan bila hiking ni adalah saat kita dah sampai puncak, perasaan tu tak dapat nak digambarkan. Seronok sangat sangat. Penat daki dari bawah tu hilang macam tu je bila dapat tengok pemandangan sekeliling dari atas. Tenang, damai, ditiup angin sepoi sepoi bahasa. Nikmat tu terucap dengan kata kata! Kalau ada rezeki, ada kesempatan memang nak pergi selalu.

Tapi, nak hiking ni sebenarnya tak boleh suka suka je nak naik. Kita kena bersedia jugak mental dan fizikal, Yang paling penting fizikal, kalau tak biasa hiking, better siapkan diri macam dengan berjogging dulu ke, berjalan jauh ke, kalau dulu Fatin akan pastikan dengan  berjogging sebelum sampai hari yang nak hiking tu. Paling kurang dalam setengah jam. Train kaki supaya nanti tak terkejut tiba tiba nak guna tenaga yang banyak. Bila dah latih diri macam tu, dah biasakan diri haaa baru tak terasa perit naik bukit tu. Kalau tak memang sampai muntah laa. Ni pengalaman first time naik tanpa persediaan apa apa. Turun je dari bukit tu, habis muntah muntah(mungkin sebab perut kosong jugak). Dan satu lagi pastikan perut tak kosong, tapi jangan terlalu kenyang. Cukup sekadar alas perut untuk ada tenaga je.

Tapi sekarang dah lama tinggal, hahaa dah tak tahu laa nak mula dari mana. Jogging pon dah malas. Sebulan sekali je luang masa untuk aktiviti sihat sekarang. Kalau dulu tiap tiap hari keluar jogging. Rasa beza tau, bila aktif otak rasa fresh, buat apa pon laju je. Bila dah tak aktif ni rasa laa 'mandom' sikit. Bergerak pon makin malas. Alahaii, semoga tak berkekalan lah perangai buruk macam ni. 

Kalau aktiviti yang melibatkan alam sekitar ni, memang suka sangat sangat, sebab dapat tengok keindahan alam sekitar yang cantik dan menenangkan. Tapi kalau aktiviti macam sukan atas padang memang fail, haishh lemah laa. Melainkan equstrian. Equestrian memang best! Masa study dulu sempatla Fatin join kelab equestrian selama satu sem. Memang banyak ilmu dapat mengenai kuda. Dan yang paling best berjaya tunggang kuda dan buat dia berjalan sendiri. Fuhhh masa tu rasa bangga betul. Kalau dapat main dengan kuda kecik tu lagi best, paras pinggang je. Kuda pony. So dekat situ tetiba dapat gelaran pony jugak sebab pendek. Tak kisah lah sebab pony tu comel sesangat! Kalau masuk dalam kandang sekali memang berkejaran la dengan pony tu.
Image result for EQUIN PERLIS
Hey pony! cc: wanatiah

You Might Also Like

17 comments

  1. Wah... lepas ni boleh try gunung kinabalu pulak... heheh ^^

    ReplyDelete
  2. Perlis adalah negeri yang saya tak pernah pergi lagi.. termasuk Sabah... Entah bila dapat pergi...

    ReplyDelete
  3. olohhh, so comel je kuda pony ni.. bestnya awak dapat hiking ya..ina nak pergi bila pun tatau.. huhuhuhu. askar 3 orang dah ni..mungkin hiking dalam mimpi aje lahh ni ina

    ReplyDelete
  4. wah..bestnya. Biasa akk gi perlis gi rumah abang je laaa

    ReplyDelete
  5. hahaah mjuq monyet tak kejar. Tapi best naik ni pagi-pagi , nyaman jer rasa. Kalau datang perlis lagi boleh pergi rumah akak. Tapi mak jer la ada.

    ReplyDelete
  6. nice view! rajin nyaa naik bukit ni, dekat penang ni ada penang hills, jom fatin kita pergi nak? daki penang hills sama2

    ReplyDelete
  7. Penah sekali je naik bukit kat Perlis ni. Yang dekat gua Sami punya. Itu pun bertahun dulu. Hehehe

    ReplyDelete
  8. wow.. cantik sangat tempat ni..

    ReplyDelete
  9. samalah. ni dah beranak pinak ni. lagi lah ku malas

    ReplyDelete
  10. Akak hiking masa pergi travel je..haha..sbb selalu tempat yg nak g semua kena mendaki..as example, Pulau Jeju (T^T)

    ReplyDelete
  11. gua cenderawasih a.k.a gua sami , hehehe CCL selalu hiking sini sebab dekat sangat dengan rumah , lepak sini makan-makan tepi tepi , sekali sekala p bgaduh dengan monyet - monyet degil ha ,, nanti boleh la hiking sesama ..

    ReplyDelete
  12. Wahhh seronoknya! Teringin nak join jugak.

    ReplyDelete
  13. Comelnya pony tu! :D

    Betul, kalau nak hiking ni kena buat persediaan. Dulu saya hiking tak prepare apa-apa, rasa macam nak mati je :/

    ReplyDelete

THE APPLE OF MY EYES